Labu kundur atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Benincasa hispida merupakan satu-satunya spesies kundur di dunia dan ianya di tanam di Negara-negara tropika terutama di Asia Tenggara .. Di Malaysia buah kundur juga dikenali sebagai beligu ... sepokok pokok kundur ini mampu berbuah dekat 40 atau 50 biji buah labu kundur .. yang lebih menariknya lagi ,, pokok kundur ni memanjat kat pokok2 besar, kalau tinggi pokok tu ,, tinggi lah dia panjat ,, buah dia bergayut kat pokok ...
Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.
Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka.
Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka.
Bagi orang Filipina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru.Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak.
sumber : klik sini !
kat sekolah aku akan minum sekurang-kurangnya 2 kotak air kundur tau !
yelah penat kan letih belajar .. bila minum ja air kundur ni kat sekolah aku akan rasa bertenaga ...
semua kawan2 aku anggap aku pelik sebab aku sorang ja yg suka minum air kundur ni kat sekolah ...
diorang kata aku ni yang bagi habis stok air kundur kat koperasi tu .. hahaha macam2 kan ??
ohh ya ! satu lagi aku nak share yang aku suka makan halwa kundur jugak ...
sedap .. manis jaa rasa .. dia rasa macam pandan sikit ...
sedap tau ! rugi gila kalau sapa yang tak suka kundur ni .. hahaha
No comments:
Post a Comment